Allah yang Maha Bijaksana telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Dan Dia telah menjadikan hamba-Nya itu berpasang-pasangan, lelaki dan wanita yang saling memerlukan, sebahagiannya menjadi pembantu kepada sebahagian yang lain.
1. Memelihara Kemaluan dan Melayani SuamiAllah telah mengurniakan kepada wanita dengan berbagai kelebihan. Banyak amalan ataupun cara agar wanita itu tidak dimurkai Allah, malahan syarat untuk wanita masuk
syurga begitu mudah.
Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Nabi Salallahu'alaihi 'wasalam bersabda:
“Seorang wanita yang mengerjakan sholat lima waktu, berpuasa wajib sebulan, memelihara kemaluannya serta taat kepada suaminya maka pasti dia akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dikehendakinya.”(HR Abu Nuaim)
Abd. Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi Salallahu'alaihi 'wasalam bersabda:
“Seorang wanita solehah lebih baik dari 1000 lelaki yang bukan soleh. Dan seorang wanita yang melayan suaminya selama seminggu maka ditutupkan baginya tujuh pintu
neraka dan dibuka lapan pintu syurga yang mana dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa hisab.”
Siti Aisyah meriwayatkan bahawa Nabi Salallahu alaihi wasalam bersabda:
“Tidaklah seorang wanita yang haidh kecuali haidhnya merupakan kifarah bagi dosa-dosanya yang telah lalu. Dan pada hari pertama haidhnya membaca:
“Alhamdulillahi ‘ala kulli hal waastaghfirullaha min kulli zanbih”
Maka Allah menetapkan baginya bebas dari neraka, dengan mudah melalui sirat, aman dari seksa bahkan Allah mengangkat keatasnya darjat 40 orang syuhada apabila dia selalu berdzikir kepada Allah selama haidhnya.”
2. Menjaga Harta SuamiAbu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi Salallahu'alaihi 'wasalam bersabda:
“Sebaik-baik wanita adalah apabila engkau pandang dia maka dia mengembirakan, bila engkau perintah dia taat, bila engkau tiada dia menjaga hartamu dan menjaga pula kehormatan dirinya.”
3. Taat kepada SuamiAda sebuah riwayat bahawa pada zaman Nabi Salallahu'alaihi 'wasalam ada seorang lelaki yang akan berangkat untuk berperang di jalan Allah. Dia berpesan kepada isterinya.
“Wahai isteriku…janganlah sekali-kali engkau meninggalkan rumah ini sehingga aku kembali.”
Secara kebetulan ayahnya menderita sakit, maka wanita tadi mengutus seorang lelaki menemui Rasulullah Salallahu'alaihi'wasalam. Baginda bersabda kepada utusan itu,
“Agar dia ta'ati suaminya.”
Demikian pula wanita itu mengutus utusannya bukan hanya sekali sehingga akhirnya dia mentaati suaminya dan tidak berani keluar rumahnya. Maka ayahnya meninggal dunia tetapi dia tetap tidak melihat mayat ayahnya. Dia tetap sabar sehingga suaminya pulang. Maka Allah memberi wahyu kepada Nabi yang bermaksud,
“Sesungguhnya Allah telah mengampuni wanita tersebut disebabkan ketaatannya kepada
suaminya.
Dalam riwayat yang lain mengatakan bahawa Allah turut mengampuni dosa ayahnya disebabkan ketaatan anaknya itu. Inilah sebenarnya perkara yang menyebabkan wanita diredhai oleh Allah bukannya dalam persamaan hak yang seperti dituntut oleh penjahil agama.
Sedangkan dalam peristiwa Israk Mikraj, Nabi telah melihat ke dalam syurga 500 tahun
lebih awal dari suami mereka… dan bila melihat ke dalam neraka Nabi dapati 2/3 dari penghuninya adalah wanita. Oleh itu takutilah kita semua akan kemurkaan Allah.
4. Membasuh Pakaian SuamiAbdullah bin Mas’ud meriwayatkan bahawa Nabi Salallahu'alaihi 'wasalam bersabda:
“Apabila seorang wanita mencuci pakaian suaminya maka Allah mencatat baginya 1000 kebaikan, diampunkan 2000 kesalahan bahkan segala sesuatu yang disinari matahari akan memohon ampun baginya dan Allah mengangkat 1000 derajat untuknya.”
5. Memasak, Berdzikir dan Menutup AuratMaulana Syed Ahmad Khan dalam bayannya menceritakan kelebihan yang dimiliki oleh wanita. Katanya: Seorang wanita yang solehah lebih baik dari seorang wali Allah. Wanita yang menguli tepung dengan membaca Bismillah akan diberkati Allah rezekinya.
Wanita yang menyapu lantai dengan berdzikir dapat pahala seperti membersihkan Baitullah.
Wanita yang solehah lebih baik dari 70 orang lelaki yang soleh.
Allah akan berkati rezeki apabila wanita memasak dengan dzikir.
Seorang wanita yang menutup auratnya dengan purdah ditingkatkan oleh Allah nur wajahnya 13 kali dari wajah asal.
Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah yang Maha Indah di akhirat nanti tetapi bagi Allah sendiri akan datang untuk berjumpa dengan wanita yang memberati auratnya Yaitu yang memakai purdah dengan istiqamah.
Huallah 'hualam . .^__^,
Incoming Search :
AMALAN AGAR SUAMI PULANG,
Tulisan Terkait